Menabung Emas Alaf Baru

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Kita, Nabi Muhammad SAW, para Sahabat Baginda, Guru-Guru serta Kedua Ibu dan Bapa kita. Semoga bermanfaat ilmu yang akan dikongsikan nanti, Insha Allah.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada saudara/saudari yang sudi mengikuti blog saya.

Apakah itu simpanan emas? Bagaimanakah ianya disimpan dan adakah selamat untuk kita jika disimpan. Siapakah golongan orang yang menyimpan emas ini? Adakah ianya terhad kepada golongan tertentu sahaja. Berbaloikah jika kita menyimpan emas ini dan apakah bezanya jika kita menyimpan dalam bentuk simpanan yang lain. Di dalam perkongsian awal ini, saya akan memberi sedikit pencerahan berkenaan apa yang terfikir di minda kita apabila kita bercerita tentang simpanan emas.

Simpanan emas ialah satu bentuk simpanan aset fizikal iaitu aset yang kita nampak, dan boleh dipegang fizikalnya. Di dalam Public Gold, secara khususnya ianya boleh dibahagikan kepada 2 jenis simpanan iaitu:

Simpanan dalam bentuk fizikal (disimpan/dijaga sendiri oleh pembeli)
Simpanan dalam bentuk modal kecil; lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Programme (GAP) di Public Gold.

Simpanan emas ini terbuka kepada semua, juga kepada kanak-kanak dan yang menarik, ianya boleh diwariskan. Cuma bagi kanak-kanak, akaun bersama perlu dibuka atas nama penjaga (Ibu atau Bapa).

Bagi yang memilih untuk menyimpan emas fizikal secara persendirian, saudara/saudari boleh memilih untuk menyimpan di safe deposit ataupun di rumah anda sendiri (mengikut kebijaksanaan masing-masing).

Dan untuk menjawab persoalan terakhir iaitu berbaloikah kita menyimpan emas jika dibandingkan dengan bentuk simpanan lain? Secara amnya, setiap orang mempunyai cara simpanan masing-masing contohnya ada yang menyimpan di Tabung Haji dan ASB sebagai satu kaedah simpanan masa depan mereka. Simpanan ini pula ada yang berbentuk simpanan untuk pendidikan, perubatan, pelaburan jangka panjang dan lain-lain lagi. Tetapi mengapakah EMAS menjadi pilihan saya?

Jawapan mudah saya ialah kerana EMAS adalah satu alat kewangan yang menjadi pelindung kepada sesuatu nilai dan yang terpenting ianya adalah kalis inflasi.

Untuk info lanjut wasap ke http://wasap.my/601164842138

Untuk Pendaftaran sila klik link berikut https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00516268&is_dealer=1

Comments

Popular posts from this blog

Apa beza Emas 999 dengan 916